Selangkah Menuju UITM
Menghitung hari menuju menara gading. Masih ada 9 hari lagi sebelum aku begelar pelajar Universiti Teknologi Mara. Di hati ini sudah pasti berasa gembira kerana tidak lama lagi aku akan menjadi seorang pelajar universiti. Dalam masa yang sama, perasaan resah menutup separuh hati aku. Aku memikirkan banyak perkara yang akan terjadi dan belum terjadi
Sejujurnya, aku belum buat apa-apa persediaan. Aku belum mengemas pakaian aku. Hati aku juga belum aku siapkan. Ini bukan kali pertama aku berjauhan dari keluarga. Namun, kali ini mungkin terasa lebih lama. Aku terfikir, bagaimanakah keadaan aku di sana nanti?. Harap aku dikeliling kawan yang baik seperti mana kawan aku di sini.

Comments
Post a Comment