Coretan UITM

Aku sudah mula hidup sebagai seorang pelajar universiti dan sudah mula terbiasa hidup di asrama. Aku sudah dapat beberapa orang kawan di sini. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Bermula dari Hari mengambil kunci bilik hinggalah hari ini.  

 Minggu Destini Pelajar adalah program di mana pelajar-pelajar dikenalkan dengan semua benda yang ada di Universiti Teknologi Mara. Bermula dengan pengenalan Majlis Perwakilan Pelajar dan semua bahagian-bahagian takbir dalam UITM. Di dalam program itu jugalah aku mendapat kawan baru dan mengiratkan lagi hubungan kami. Aku sangat bersyukur kerana berjumpa kawan yang baik-baik sahaja.

Aku terpilih untuk menjadi ketua kelas dan itu  memang rancangan aku. Kerana aku ingin mengajar diri aku untuk bertanggungjawab dan bersikap profisional. Aku mulakan rancangan aku dengan membuat kumpulan WhatsApps  bagi kelas aku dan aku menyampai maklumat yang patut mereka tahu. Pada keesokan harinya aku hanya perlu memperkenalkan diri dan secara kebetulan aku dipilih menjadi ketua kelas. Ia sebuah taruhan tapi Alhamdulillah rancangan aku berjaya. 

Minggu pertama aku menjadi ketua kelas aku diselebungi rasa gementar. Aku takut aku tersalah langkah dan tersalah dengar dan ia akan menjatuhkan reputasi aku. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku cuba untuk yakin pada diri dan belajar untuk tidak menangguhkan kerja.

Selain daripada belajar aku cuba untuk dekatkan diri dengan Allah S.W.T agar aku tidak terkeluar dari landasan yang betul. Kerana aku dengar banyak cerita mengenai orang seusia aku ini mudah terpengaruh dengan perkara yang buruk. Bila-bila jauh daripada keluarga. Aku mengambil peluang jauh daripada keluarga ini untuk memperbaiki diri dan menjadikan diri lebih dewasa. InsyaAllah. Itu sahaja lah coretan aku kali ini.

Comments

Popular

Nukilan hati seorang remaja

Coretan Siswa