Posts

New

Mengumpul Tabiat Kecil untuk Mencapai Kejayaan yang Besar

       "Kehidupan kita hari ini adalah hasil daripada tabiat kita pada masa lampau. Kehidupan kita pada masa akan datang adalah hasil daripada tabiat kita pada saat ini". Ramai orang tidak menyedari bahawa perkara kecil yang sering mereka lakukan dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi seluruh kehidupan mereka. Hal ini berlaku kerana mereka membiarkan tabiat kecil ini menjadi kebiasaan dan berlaku secara semula jadi tanpa kawalan mereka sendiri. Persoalannya, bagaimana tabiat kecil ini mempengaruhi kehidupan kita sama ada mencapai kejayaan atau sebaliknya?        Umum ketahui bahawa, ada dua jenis tabiat yang boleh kita lihat dengan jelas dalam kehidupan kita iatu tabiat baik dan tabiat buruk. Dua tabiat inilah yang mempengaruhi kehidupan seharian kita. Tabiat baik seperti, mencuci pinggan selepas makan, menyalami orang yang lebih tua, dan mendengar nasihat. Tabiat buruk yang patut dielakkan, menuturkan bahasa yang korang sopan, menerima rasuah...

Coretan Siswa

Sudah mula kehidupan aku di universiti. Apa yang boleh aku katakan ianya agak berbeza dari sekolah menengah.  Di universiti ada banyak benda baru yang tidak pernah kau lihat di sekolah-sekolah biasa.  Bagi sesetengah orang, mungkin mereka akan terkejut dengan budaya di sini. Mungkin itulah dikatakan "Culture Shock". Tetapi, tidak bagi aku. Aku tidak merasakan apa-apa sensasi pun. Semuanya seolah sudah terbiasa dipandang. Dan aku pelik, bila orang katakan kepada aku untuk jangan terkejut apabila melihat budaya di sini. Aku tidak terkejut. Sebab Semua budaya itu ada di tempat asal aku. Kalau berkata soal berdating, itu perkara biasa yang aku lihat. Namun di Universiti budaya berdating ini mereka akan lakukan di kantin secara terang-terangan dan yang paling aku salute adalah ketika kelas CTU pun mereka berani untuk duduk bersama-sama.  Bagi yang tidak tahu CTU itu apa, CTU merupakan kelas asas untuk islam sama seperti Pendidikan Islam yang kita belajar di sekolah dulu. Cuma ...

Coretan UITM

Aku sudah mula hidup sebagai seorang pelajar universiti dan sudah mula terbiasa hidup di asrama. Aku sudah dapat beberapa orang kawan di sini. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Bermula dari Hari mengambil kunci bilik hinggalah hari ini.    Minggu Destini Pelajar adalah program di mana pelajar-pelajar dikenalkan dengan semua benda yang ada di Universiti Teknologi Mara. Bermula dengan pengenalan Majlis Perwakilan Pelajar dan semua bahagian-bahagian takbir dalam UITM. Di dalam program itu jugalah aku mendapat kawan baru dan mengiratkan lagi hubungan kami. Aku sangat bersyukur kerana berjumpa kawan yang baik-baik sahaja. Aku terpilih untuk menjadi ketua kelas dan itu  memang rancangan aku. Kerana aku ingin mengajar diri aku untuk bertanggungjawab dan bersikap profisional. Aku mulakan rancangan aku dengan membuat kumpulan WhatsApps  bagi kelas aku dan aku menyampai maklumat yang patut mereka tahu. Pada keesokan harinya aku hanya perlu memperkenalkan diri dan s...

Sentimental yang berharga

Image
  Aku memang pengemar jam tangan seperti G-Shock, Seiko dan banyak lagi. Sayangnya  aku tidak mempunyai banyak duit untuk membeli jam tangan mewah.  Aku rasa jam tangan yang paling mahal yang pernah aku beli ialah G-Shock WD-2oo berharga RM200. Aku meminta Kakak ku untuk membantu membeli jam tersebut di Shoppe. Apa yang korang bayangkan kalau barang dari Shoppe?. Murah dan tidak berkualiti. Namun aku tidak kisah akan itu. Aku membeli jam tersebut berdasarkan fungsinya bukan kemewahan. Buat masa sekarang.  Tapi yang paling aku suka ketika aku membeli jam tangan tersebut adalah kenangan di mana kakak aku yang membantu mencarinya. Ibu yang sentiasa bagi "Green Light" ketika aku mahukan sesuatu. Bagi aku itu perkara yang berharga. Membuatkan jam tangan G-Shock WD-200 itu agak sentimental bagi ku. Namun , jam tangan tersebut hilang ketika aku menunaikan solat zohor di Masjid. Ini bukan kali pertama jam tangan aku hilang, mungkin Allah ingin mengajarkan sesuatu kepada ku. ...

Siapa diri ku

  Bicara tentang hati. Hanya kita saja yang tahu diri kita. Walaupun orang berkata yang mereka tahu diri kita. Itu hanyalah separuh daripada diri kita. Separuh diri kita yang kita tunjuk umpama lukisan yang kita lukis untuk menarik perhatian. Namun , di belakang mereka kita hanyalah ciptaan yang sebenar ciptaan. Ia membuatkan aku terfikir. Adakah diriku ini adalah sebenar-benar diri aku?. Atau cuma sebuah lukisan yang aku buat untuk membuat orang suka terhadap aku?. Aku kehilangan diri aku. Separuh dari diri aku ini aku tiru dari orang lain. Mustahil bagi ku untuk menjadi diri sendiri jika begitu. Kerana kebanyakan apa yang ada pada aku ini aku ikut dari orang lain. Jika aku rasa benda itu baik , maka aku terapkan dalam kehidupan ku. Jadi adakah ini diri ku sebenar atau diri orang lain yang aku tiru?

Selangkah Menuju UITM

Image
 Menghitung hari menuju menara gading. Masih ada 9 hari lagi sebelum aku begelar pelajar Universiti Teknologi Mara. Di hati ini sudah pasti berasa gembira kerana tidak lama lagi aku akan menjadi seorang pelajar universiti. Dalam masa yang sama, perasaan resah menutup separuh hati aku. Aku memikirkan banyak perkara yang akan terjadi dan belum terjadi  Sejujurnya, aku belum buat apa-apa persediaan. Aku belum mengemas pakaian aku. Hati aku juga belum aku siapkan. Ini bukan kali pertama aku berjauhan dari keluarga. Namun, kali ini mungkin terasa lebih lama. Aku terfikir, bagaimanakah keadaan aku di sana nanti?.  Harap aku dikeliling kawan yang baik seperti mana kawan aku di sini.  

Nukilan Jumaat 12

  Hari kelihatan mendung. Titisan air hujan sudah mula kelihatan jatuh di permukaan sungai. Air sungai kemena yang bergelora ditiup angin yang awalnya tenang. Hujan yang tadinya renyai mula lebat membasahi jalan tar. Hari yang tadinya berasa panas menjadi sejuk. Kelihatan kapal nelayan yang pulang dari tengah laut untuk mencari sesuap nasi. Burung-burung pulang ke sarang untuk berteduh dari hujan.  Aku menikmati waktu yang ada untuk menulis blog ini sambil mendengar lagu yang aku buka di komputer ribaku. Bunyi lagu yang kuat menyamarkan bunyi hujan yang kuat. Lagu yang ku buka seolah membawa aku kembali berasa nostalgia sedangkan aku belum lahir lagi ketika lagu ini dikeluarkan. Mungkin penulis lagi ini memang sengaja menanam rasa nostalgik dalam lagu beliau.  Tanpa lagu ini juga aku memang sentiasa berasa nostalgia. Rasa rindu akan zaman yang aku belum lahir lagi. Aneh. Aku memang begini. Aku rindu akan kenangan di sekolah menengah, sekolah rendah dan banyak moment dalam...