Mengumpul Tabiat Kecil untuk Mencapai Kejayaan yang Besar

      "Kehidupan kita hari ini adalah hasil daripada tabiat kita pada masa lampau. Kehidupan kita pada masa akan datang adalah hasil daripada tabiat kita pada saat ini". Ramai orang tidak menyedari bahawa perkara kecil yang sering mereka lakukan dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi seluruh kehidupan mereka. Hal ini berlaku kerana mereka membiarkan tabiat kecil ini menjadi kebiasaan dan berlaku secara semula jadi tanpa kawalan mereka sendiri. Persoalannya, bagaimana tabiat kecil ini mempengaruhi kehidupan kita sama ada mencapai kejayaan atau sebaliknya?

     Umum ketahui bahawa, ada dua jenis tabiat yang boleh kita lihat dengan jelas dalam kehidupan kita iatu tabiat baik dan tabiat buruk. Dua tabiat inilah yang mempengaruhi kehidupan seharian kita. Tabiat baik seperti, mencuci pinggan selepas makan, menyalami orang yang lebih tua, dan mendengar nasihat. Tabiat buruk yang patut dielakkan, menuturkan bahasa yang korang sopan, menerima rasuah, dan tidak menerima teguran. Hal seperti inilah yang patut kita cari dan perbaiki dalam diri kita agar ia tidak melarat sehingga mempengaruhi kehidupan kita pada masa akan datang. 

     James Clear dalam bukunya bertajuk Atomic Habits menyatakan bahawa "tabiat adalah faedah yang terkumpul dalam usaha peningkatan besar".  Tabiat adalah perkara yang sering kita lakukan tanpa berniat dan ditinggalkan walaupun sekali dalam kehidupan seharian kita. Sesuatu tabiat boleh terkumpul sama ada dilakukan ketika masih kanak-kanak mahupun dewasa. 

    Tujuan penulisan ini adalah untuk membuka mata para pembaca bahawa perkara yang kita lakukan sekarang, walaupun kecil dimata kita akan mempengaruhi masa depan kita. James Clear juga menyatakan bahawa kita boleh tahu rupa masa depan kita hanya dengan melihat tabiat yang kita kumpul pada saat ini. Jikalau tabiat baik yang terkumpul maka masa depan kita akan terjamin. Namun, kalau tabiat yang kita kumpul adalah tabiat  buruk maka masa depan kita kurang terjamin. 

    Ingin saya jelaskan lagi bahawa masa depan kita hanya tuhan sahaja yang tahu. Kita tidak berhak untuk menentukan bagaimana masa depan kita inginkan. Sebaliknya kita hanya perlu berikhtiar dengan mengumpul tabiat baik yang memang disyariatkan kepada seorang muslim. 

    Akhir kata dari saya, penambahbaikan kecil membawa kepada kemenangan kecil. Kemajuan bukan sahaja ketika kita mencapai sebuah kejayaan yang besar. Namun usaha dan kesabaran yang berterusan juga merupakan bentuk kemajuan yang sejati. Semoga penulisan ini memberi manfaat dan membuka mata para pembaca mengenai pentingnya tabiat kecil yang kita lakukan sekarang dalam membina dan mencapai kejayaan. Terima Kasih. 

 

 

  

Comments

Popular

Coretan Siswa

Coretan UITM

Nukilan hati seorang remaja