Posts

Showing posts from August, 2026

Mengumpul Tabiat Kecil untuk Mencapai Kejayaan yang Besar

       "Kehidupan kita hari ini adalah hasil daripada tabiat kita pada masa lampau. Kehidupan kita pada masa akan datang adalah hasil daripada tabiat kita pada saat ini". Ramai orang tidak menyedari bahawa perkara kecil yang sering mereka lakukan dalam kehidupan seharian akan mempengaruhi seluruh kehidupan mereka. Hal ini berlaku kerana mereka membiarkan tabiat kecil ini menjadi kebiasaan dan berlaku secara semula jadi tanpa kawalan mereka sendiri. Persoalannya, bagaimana tabiat kecil ini mempengaruhi kehidupan kita sama ada mencapai kejayaan atau sebaliknya?        Umum ketahui bahawa, ada dua jenis tabiat yang boleh kita lihat dengan jelas dalam kehidupan kita iatu tabiat baik dan tabiat buruk. Dua tabiat inilah yang mempengaruhi kehidupan seharian kita. Tabiat baik seperti, mencuci pinggan selepas makan, menyalami orang yang lebih tua, dan mendengar nasihat. Tabiat buruk yang patut dielakkan, menuturkan bahasa yang korang sopan, menerima rasuah...