Coretan Siswa

Sudah mula kehidupan aku di universiti. Apa yang boleh aku katakan ianya agak berbeza dari sekolah menengah.  Di universiti ada banyak benda baru yang tidak pernah kau lihat di sekolah-sekolah biasa.  Bagi sesetengah orang, mungkin mereka akan terkejut dengan budaya di sini. Mungkin itulah dikatakan "Culture Shock". Tetapi, tidak bagi aku. Aku tidak merasakan apa-apa sensasi pun. Semuanya seolah sudah terbiasa dipandang. Dan aku pelik, bila orang katakan kepada aku untuk jangan terkejut apabila melihat budaya di sini. Aku tidak terkejut. Sebab Semua budaya itu ada di tempat asal aku. Kalau berkata soal berdating, itu perkara biasa yang aku lihat. Namun di Universiti budaya berdating ini mereka akan lakukan di kantin secara terang-terangan dan yang paling aku salute adalah ketika kelas CTU pun mereka berani untuk duduk bersama-sama.  Bagi yang tidak tahu CTU itu apa, CTU merupakan kelas asas untuk islam sama seperti Pendidikan Islam yang kita belajar di sekolah dulu. Cuma bezanya yang ni lebih dalam sikit berbanding yang dipelajari di sekolah. 

Aku juga seperti lelaki-lelaki yang lain. Aku juga ingin merasa berada dalam sesuatu hubungan. Bukannya aku tidak pernah berada dalam hubungan percintaan. Pernah. Cuma hubungan itu tidak seindah yang aku bayangkan. Aku ingin berada dalam hubungan percintaan yang boleh dikatakan matang. Aku juga sama seperti lelaki-lelaki lain. Perkara yang aku fikir juga wanita. Sudah tentu wanita takkan lelaki pula. Sejujurnya di sini banyak wanita-wanita yang jelita. Semuanya mencuri pandangan aku. Aku sudah ada seseorang wanita yang aku suka dan aku incari. Dia dari kelas aku. Cantik. itu saja yang dapat aku ungkapkan. kerana tiada sifat lain yang boleh melawan kecantikan dia. Dan dia seolah-olah suka juga akan diri aku. Walaupun aku ingin merasakan hubungan percintaan, aku juga sedar akan diri aku. Aku sudah melihat cermin. Diri aku yang tiada apa-apa. Ada banyak benda yang aku fikirkan, kalau aku ingin berada dalam sesuatu hubungan. Terutamanya "Duit". Like Phrase Said, "No money, No talk". Apa yang boleh aku katakan dia "Out of My league". Orang Kuching memang hype. Kalau nak dibandingkan dengan aku yang tiada apa-apa.  Aku sedar akan diri aku ini.

Tiba saat bila aku tahu yang orang itu ada perasaan kepada aku. Aku gembira, bohong jika aku kata aku tidak gembira. Namun semua akan hilang dalam sekelip mata tanpa aku sedar. Kerana aku sedar diri aku. Aku tidak berani melakukan apa yang orang panggil sebagai "First Move". Aku cuma layan seolah-olah aku ingin, namun sebenar aku takut. Dan tanpa aku sedar perasaan mereka pudar dan hanya aku yang masih menaruh harapan. Selain duit , aku juga takut dengan kententuan yang sudah ditetapkan. " Ilmu dan Maksiat takkan pernah bersatu". Itu yang aku takut. Kerana aku di sini untuk belajar. Aku tahu itu.  Aku juga sudah berjanji pada ibu dan kakak aku untuk tidak bercinta dulu. Aku berada dalam kesangsian dihimpit nafs dan kenyataan. Aku benci perasaan ini. Perasaan ini tidak pernah hilang. Aku sudah puas merasa situasi ini sewaktu masih di sekolah menengah. Perasaan overthinking atau anxiety ini. Aku tidak selesa , ianya memakan energy seharian aku. Membuatkan aku lemah dan tiada mood sepanjang hari. Aku tidak tahu berbuat bagaimana. 

Sudah banya kali aku reset pemikiran aku namun semuanya tidak menjadi. Setiap hari aku hadap perkara,perasaan sama. Mungkin aku cuma terlalu berharap dengan progress yang tak kemana ini. Aku siap berdoa di setiap sujud aku agar dia yang terbaik untuk aku. Aku tidak ingin menaruh harapan atau orang lebih suka panggil "beria". I am tired of this. Mungkin ini bukan masanya untuk aku bercinta. Belum tiba masanya. Aku harap si dia boleh menunggu aku dan aku harap dia juga mendoakan aku. Ya Allah engkau jadikan dia yang terbaik untuk aku dan aku yang terbaik untuknya. Aaaaamiiin. 

Comments

Popular

Nukilan hati seorang remaja

Coretan UITM