Nukilan hati seorang remaja

  Aku masih baru dalam dunia penghantar makanan. Jika ditanya bila aku mula bekerja sebagai penghantar makanan ini, jujur aku cakap aku pun tak tahu malah aku memang lupa tarikh dan hari aku mula mendaftar sebagai penghantar makanan. Tiada perkara yang menarik untuk aku kongsikan, namun aku tetap jua ingin menulis pengalaman aku.

 Sewaktu aku bekerja sebagai penghantar makanan otak aku hanya memikirkan untuk pulang awal ke rumah. Boleh dikatakan kosong.Ambil pesanan dan hantar pesanan. Aku hanya bekerja kerana tanggungjawap pada diri selepas tamat sekolah. Mungkin itu menjadi alasan mengapa aku tidak bersemangat untuk bekerja. Boleh dikatakan aku ni sekejap kerja sekejapnya tidak, bak kata peribahasa melayu " Sekejap ke laut, sekejap ke darat". Malu untuk aku akui, tapi itulah yang aku hadapi sekarang.

 Tatkala aku bakal menyambung pengajian di universiti awam. Aku perlu mengumpul wang aku sendiri untuk membeli perlengkapan aku. Aku tidak ingin bergantung sepenuhnya kepada ibu aku kerana aku tahu ibu aku juga ada benda lain yang patut diurusnya juga. Mengapa aku masih bergantung pada ibu aku?. Alasannya senang. Aku sedar aku masih lagi belum mampu untuk menyara diri aku sendiri. Tetapi aku cuba untuk tidak menyusahkannya. Aku beli perlengkapan aku sedikit demi sedikit dan aku beli barang-barang itu secara dalam talian kerana ianya lebih murah.

 Aku jauh dari kata sempurna. Aku sedar akan diri aku. Aku tahu apa kelemahan dan tabiat buruk yang aku hadapi. Tapi aku sedar yang Allah menutup aib aku dan menampakkan sisi diri aku yang baik pada orang di sekeliling aku. InsyaAllah dengan tanggapan yang baik dari orang sekeliling aku cuba untuk berubah menjadi versi diri aku yang lebih baik. Itu sajalah nukilan blog aku pada hari ini kerana aku sudah kehilangan idea.

 

Comments

Post a Comment

Popular

Coretan UITM

Coretan Siswa