Nukilan Pengalaman Jungle Treking.
Ini bukan kali pertama aku meredah hutan untuk "berhiking". Tapi ini kali pertama aku meredah hutan yang berada di tengah bandar Bintulu yang pesat membangun. Kali pertama menjejakkan kaki di Hutan Taman Tumbina bersama dua orang sahabat aku kali ini amat mengembirakan.
Suasana hutan yang indah dengan permandangan pokok-pokok dan laluan mendaki yang curam membuatkan aku berasa teruja. Namun bunyinya tidaklah setenang seperti di Taman Negara Lambir yang pernah aku redah beberapa bulan yang lalu. Walaupun sama berada di sebelah bahu jalan, setelah beberapa kilometer ke tengah hutan Taman Negara Lambir bunyi kenderaan lalu-lalang tidak lagi kedengaran. Berbeza jauh dengan Hutan Taman Tumbina mungkin hutannya tidaklah sebesar hutan Taman Negara Lambir dan berada di tengah bandar. Tetapi aku masih lagi boleh menikmati keindahan alam semula jadi di tengah bandar Bintulu.
Laluan mendakinya pula boleh dikatakan tidak terlalu susah seperti Taman Negara Lambir. Laluan mendaki Taman Tumbina masih banyak pavement yang boleh ditemui di sepanjang jalan. Namun banyak laluan yang telah ditutup akibat tanah runtuh. Laluan mendaki di Taman Negara Lambir pula agak ekstrem jalannya berbukit-bukit, turun-naik turun-naik amat melelahkan. Tantangan itu tidak mematahkan semangat kami untuk sampai ke destinasi yang dituju iaitu tempat letak kenderan kami.
Aktiviti ini bukan aktiviti harian aku namun aku cuba untuk melakukannya untuk mengisi masa lapang . Aktiviti ini bukan sekadar untuk mengisi masa lapang aku tetapi ianya boleh jua mengukuhkan ukhwah persahabatan antara kami bertiga. Semoga dengan perkongsian ini dapat memenuhi masa lapang anda.
Usaha lagi
ReplyDelete