Siapa diri ku
Bicara tentang hati. Hanya kita saja yang tahu diri kita. Walaupun orang berkata yang mereka tahu diri kita. Itu hanyalah separuh daripada diri kita. Separuh diri kita yang kita tunjuk umpama lukisan yang kita lukis untuk menarik perhatian. Namun , di belakang mereka kita hanyalah ciptaan yang sebenar ciptaan. Ia membuatkan aku terfikir. Adakah diriku ini adalah sebenar-benar diri aku?. Atau cuma sebuah lukisan yang aku buat untuk membuat orang suka terhadap aku?. Aku kehilangan diri aku. Separuh dari diri aku ini aku tiru dari orang lain. Mustahil bagi ku untuk menjadi diri sendiri jika begitu. Kerana kebanyakan apa yang ada pada aku ini aku ikut dari orang lain. Jika aku rasa benda itu baik , maka aku terapkan dalam kehidupan ku. Jadi adakah ini diri ku sebenar atau diri orang lain yang aku tiru?
Comments
Post a Comment