Nukilan Jumaat 12

 Hari kelihatan mendung. Titisan air hujan sudah mula kelihatan jatuh di permukaan sungai. Air sungai kemena yang bergelora ditiup angin yang awalnya tenang. Hujan yang tadinya renyai mula lebat membasahi jalan tar. Hari yang tadinya berasa panas menjadi sejuk. Kelihatan kapal nelayan yang pulang dari tengah laut untuk mencari sesuap nasi. Burung-burung pulang ke sarang untuk berteduh dari hujan.

 Aku menikmati waktu yang ada untuk menulis blog ini sambil mendengar lagu yang aku buka di komputer ribaku. Bunyi lagu yang kuat menyamarkan bunyi hujan yang kuat. Lagu yang ku buka seolah membawa aku kembali berasa nostalgia sedangkan aku belum lahir lagi ketika lagu ini dikeluarkan. Mungkin penulis lagi ini memang sengaja menanam rasa nostalgik dalam lagu beliau.

 Tanpa lagu ini juga aku memang sentiasa berasa nostalgia. Rasa rindu akan zaman yang aku belum lahir lagi. Aneh. Aku memang begini. Aku rindu akan kenangan di sekolah menengah, sekolah rendah dan banyak moment dalam hidup. Kalau diberikan kuasa, aku akan pilih kuasa yang boleh memutarkan waktu agar aku dapat mengubah kesilapan aku dan menikmati kembali moment-moment tersebut.

  Setiap kali aku menonton video di youtube aku berfikir bagaimankah keadaan mereka di waktu itu. Apa yang mereka rasakan, apa yang mereka lakukan. Adakah mereka sihat? ataupun telah pergi. Peredaran zaman membawa kita kepada sesuatu yang baru. Namun menghapus kenangan yang telah lama ada dan tidak mungkin untuk diputar kembali.

  

Comments

Popular

Nukilan hati seorang remaja

Coretan UITM

Coretan Siswa