Sentimental yang berharga

 Aku memang pengemar jam tangan seperti G-Shock, Seiko dan banyak lagi. Sayangnya  aku tidak mempunyai banyak duit untuk membeli jam tangan mewah.  Aku rasa jam tangan yang paling mahal yang pernah aku beli ialah G-Shock WD-2oo berharga RM200. Aku meminta Kakak ku untuk membantu membeli jam tersebut di Shoppe. Apa yang korang bayangkan kalau barang dari Shoppe?. Murah dan tidak berkualiti. Namun aku tidak kisah akan itu. Aku membeli jam tersebut berdasarkan fungsinya bukan kemewahan. Buat masa sekarang. 

Tapi yang paling aku suka ketika aku membeli jam tangan tersebut adalah kenangan di mana kakak aku yang membantu mencarinya. Ibu yang sentiasa bagi "Green Light" ketika aku mahukan sesuatu. Bagi aku itu perkara yang berharga. Membuatkan jam tangan G-Shock WD-200 itu agak sentimental bagi ku. Namun , jam tangan tersebut hilang ketika aku menunaikan solat zohor di Masjid. Ini bukan kali pertama jam tangan aku hilang, mungkin Allah ingin mengajarkan sesuatu kepada ku. Iaitu tanggungjawap ke atas barang dan sentiasa fokus dalam kehidupan.

Jam tangan di atas adalah jam tangan kolaborasi MR.D.I.Y bersama Disney. Jam tangan yang berharga RM30 mungkin murah pada harga tetapi mahal pada sentimentalnya. Mana tidaknya, jam tangan ini dibeli oleh Ibu aku. Tiada hari yang istimewa ketika ibu ku membeli jam tangan itu. Entah mengapa ibu aku membelinya untuk ku. Mungkin dia melihat anaknya yang sentiasa melihat dan memegang jam tangan itu dan berfikir bahawa aku mengingin jam tangan tersebut. Aku memang mengingin jam tangan tersebut,namun bukan masa tersebut. 

Aku akan beli bila aku sudah ada duit. Namun, takdir berkata lain, keesokaan hari,bila ibu aku mendapatkan gaji dia membelikan jam tangan tersebut untuk aku. Sejauh itu saja memori ku mengenai jam tangan tersebut. Mungkin ada sedikit kesilapa,tapi tak mengapa. Walaupun sebatas itu sahaja memori aku, ia tidak dapat memadam fakta yang jam tangan tersebut telah dibeli oleh ibu ku. Terima Kasih Ibu. Sekarang aku hanya memakai jam digital yang diberikan abang sulungku kerana jam tangan itu kehabisan bateri dan aku merancang untuk menukarnya sebelum aku masuk belajar. 


Comments

Popular

Nukilan hati seorang remaja

Coretan UITM

Coretan Siswa