Isnin 8

  Hari ini aku janji pada diriku untuk turun bekerja. Namun aku berasa malas dan gunakan alasan hujan untuk tidak bekerja. Sudah beberapa hari aku janji pada diriku untuk turun bekerja. Hari ini aku juga sudah berjanji dengan teman aku untuk membantunya. Tetapi aku tidak tunaikan janji aku kerana berasa malas. Aku memohon maaf padanya dan berkata yang aku ada urusan lain. 

  Aku mencari idea untuk menulis blog namun aku masih lagi buntu. Aku buntu untuk tulis tentang apa. Aku mencari tujuan sebenar aku menulis blog. Banyak perkara yang bermain di mindaku. Aku sudah menulis tiga draft blog, namun dipadam oleh aku kerana aku berasa draft tersebut kosong dan cincai. 

  Aku mengambil buku nota aku dan mencurahkan segala yang terlintas dalam mindaku. Aku berfikir untuk jadikah hari-hari ku sebagai sebuah cerpen lalu hadirnya blog ini. Ada banyak idea di dalam mindaku, tetapi tidak dapat aku tuliskan kerana aku buntu ingin tulis bagaimana.

  Sebelum mula menulis blog ada banyak idea yang aku fikirkan terutamanya untuk sebuah cerpen. Namun sayang, semua idea tersebut tidakku tulis kerana waktu itu aku tidak terfikir untuk menulis blog. Dan berharap idea itu datang semula ketika aku ada rasa untuk menulis.

Comments

Popular

Nukilan hati seorang remaja

Coretan UITM

Coretan Siswa