Aku terbangun dari tidur lalu mengapai telefonku yang berada di atas meja. Aku mematikan alarm yang berdering nyaring, seakan cuba mengoncangkan nadiku. Dalam kegelapan subuh yang masih pekat, cahaya skrin telefon menyilaukan mataku namun aneh, hanya detik itu terasa hidup kembali.
Aku duduk sejenak di hujung katil, memandang ke luar jendela. Langit masih hitam, bintang sudah kian pudar, menandakan hari baru akan bermula. Ada rasa berat di dada, seolah-olah beban semalam masih belum mahu melepaskan genggamannya.
Namun aku tahu, setiap pagi adalah pertempuran. Pertempuran antara diriku yang ingin terus rebah di tilam empuk, dengan diriku yang lain berbisik: "Bangkitlah. Dunia sedang menunggu."
Dengan perlahan, aku mengatur langkah. Walau hati berasa kosong, aku percaya, di setiap subuh yang sepi, ada janji baharu yang sedang menanti.
Comments
Post a Comment