Coretan Siswa
Sudah mula kehidupan aku di universiti. Apa yang boleh aku katakan ianya agak berbeza dari sekolah menengah. Di universiti ada banyak benda baru yang tidak pernah kau lihat di sekolah-sekolah biasa. Bagi sesetengah orang, mungkin mereka akan terkejut dengan budaya di sini. Mungkin itulah dikatakan "Culture Shock". Tetapi, tidak bagi aku. Aku tidak merasakan apa-apa sensasi pun. Semuanya seolah sudah terbiasa dipandang. Dan aku pelik, bila orang katakan kepada aku untuk jangan terkejut apabila melihat budaya di sini. Aku tidak terkejut. Sebab Semua budaya itu ada di tempat asal aku. Kalau berkata soal berdating, itu perkara biasa yang aku lihat. Namun di Universiti budaya berdating ini mereka akan lakukan di kantin secara terang-terangan dan yang paling aku salute adalah ketika kelas CTU pun mereka berani untuk duduk bersama-sama. Bagi yang tidak tahu CTU itu apa, CTU merupakan kelas asas untuk islam sama seperti Pendidikan Islam yang kita belajar di sekolah dulu. Cuma ...