Posts

Showing posts from October, 2025

Coretan Siswa

Sudah mula kehidupan aku di universiti. Apa yang boleh aku katakan ianya agak berbeza dari sekolah menengah.  Di universiti ada banyak benda baru yang tidak pernah kau lihat di sekolah-sekolah biasa.  Bagi sesetengah orang, mungkin mereka akan terkejut dengan budaya di sini. Mungkin itulah dikatakan "Culture Shock". Tetapi, tidak bagi aku. Aku tidak merasakan apa-apa sensasi pun. Semuanya seolah sudah terbiasa dipandang. Dan aku pelik, bila orang katakan kepada aku untuk jangan terkejut apabila melihat budaya di sini. Aku tidak terkejut. Sebab Semua budaya itu ada di tempat asal aku. Kalau berkata soal berdating, itu perkara biasa yang aku lihat. Namun di Universiti budaya berdating ini mereka akan lakukan di kantin secara terang-terangan dan yang paling aku salute adalah ketika kelas CTU pun mereka berani untuk duduk bersama-sama.  Bagi yang tidak tahu CTU itu apa, CTU merupakan kelas asas untuk islam sama seperti Pendidikan Islam yang kita belajar di sekolah dulu. Cuma ...

Coretan UITM

Aku sudah mula hidup sebagai seorang pelajar universiti dan sudah mula terbiasa hidup di asrama. Aku sudah dapat beberapa orang kawan di sini. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Bermula dari Hari mengambil kunci bilik hinggalah hari ini.    Minggu Destini Pelajar adalah program di mana pelajar-pelajar dikenalkan dengan semua benda yang ada di Universiti Teknologi Mara. Bermula dengan pengenalan Majlis Perwakilan Pelajar dan semua bahagian-bahagian takbir dalam UITM. Di dalam program itu jugalah aku mendapat kawan baru dan mengiratkan lagi hubungan kami. Aku sangat bersyukur kerana berjumpa kawan yang baik-baik sahaja. Aku terpilih untuk menjadi ketua kelas dan itu  memang rancangan aku. Kerana aku ingin mengajar diri aku untuk bertanggungjawab dan bersikap profisional. Aku mulakan rancangan aku dengan membuat kumpulan WhatsApps  bagi kelas aku dan aku menyampai maklumat yang patut mereka tahu. Pada keesokan harinya aku hanya perlu memperkenalkan diri dan s...